Assalamualaikum kepada sesiapa yang datang singgah di laman ini. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk mencoret pengalaman-pengalaman & ilmu-ilmu yang ada insyaAllah. Semoga usaha yang sedikit ini memberi peringatan kepada diri saya & pembaca semua walaupun dengan sepotong ayat. Nabi pernah meriwayatkan:
"sampaikanlah daripada ku walaupun sepotong ayat"
Hadis ini memberi tahu kita bahawa penting bagi setiap manusia terutamanya umat Islam seluruhnya untuk sama-sama saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Keadaan dunia pada hari ini yang terlalu cenderung ke arah kerosakan akhlak menjadikan kita sentiasa terdedah ke arah itu ditambah fitrah manusia itu sendiri yang acapkali alpa & mudah terpengaruh. Sedangkan pemandu-pemandu jalan raya sendiri boleh alpa & terleka walaupun sentiasa diberi peringatan di setiap simpang dan inci jalan, inikan pula kita sebagai hamba Allah yang menuntut kita supaya 'berhati-hati' apabila menjalani hidup di dunia ini supaya tidak rugi di kemudian hari.


Akhir kata untuk ruangan ini, saya memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam penulisan di dalam blog ini. Sesungguhnya setiap insan ada kelemahan masing-masing & kelemahan yang datang itu mungkin daripada kecetekan ilmu yang ada pada diri. Moga kita sentiasa mendapat redha Allah dalam setiap urusan. Amin